Etika di meja makan bermaksud perlakuan yang beradab dan bersopan yang perlu diamalkan oleh setiap orang semasa makan ataupun ketika berada di meja makan. Etika makan penting untuk menunjukkan keperibadian yang baik supaya disenangi oleh tetamu dan juga dapat mempamerkan nilai-nilai murni dalam diri yang wajar dicontohi dan diamalkan.
Bukan itu sahaja, penggunaan kutleri pun ada etika yang perlu dititikberatkan. Hal ini kerana setiap kutleri perlu diletakkan dengan cara yang betul kerana ia menggambarkan “Bahasa” kepada petugas.
Cara yang betul dalam menggunakan garfu dan pisau di meja makan adalah:
- BERSEDIA UNTUK MAKAN
Untuk mula makan, letak garfu di sebelah kiri pinggan manakala pisau berada di posisi kanan pinggan dengan bahagian tajam menghadap ke arah pinggan.
2. MASIH MAKAN (PAUSE)
Sekiranya masih belum selesai makan tetapi ingin bercakap atau berbual, pastikan garfu dan pisau diletakkan di dalam pinggan dalam bentuk “V” terbalik dengan hujung kutleri menghadap masing-masing.
3. BERSEDIA UNTUK HIDANGAN SETERUSNYA (READY FOR NEXT MEAL)
Sekiranya ada pelbagai hidangan yang berbeza, anda boleh memberi isyarat kepada pelayan yang anda bersedia untuk hidangan seterusnya dengan meletakkan garfu dan pisau dengan kedudukan bersilang antara satu sama lain dengan keadaan garfu menegak ke atas manakala pisau mendatar ke kiri.
4. HIDANGAN YANG SANGAT BAIK (EXCELLENT)
Sekiranya anda menyukai makanan yang dihidangkan, letakkan garfu dan pisau anda secara mendatar dengan keadaan mata garfu dan bilah pisau menghala ke kanan.
5. TIDAK MENIKMATI HIDANGAN (DONT LIKE)
Cara yang betul menggambarkan anda tidak menyukai hidangan yang dihidangkan adalah dengan meletakkan bilah pisau di dalam gigi garfu dalam kedudukan bersilang antara satu sama lain.
6. SELESAI MAKAN (FINISHED EATING)
Sekiranya selesai sudah menikmati hidangan, letakkan garfu dan pisau anda secara menegak.
Adab di meja makan adalah satu perkara yang boleh dipraktikkan tanpa mengenal golongan umur kerana perkara ini boleh menggambarkan keperibadian dan adab seseorang itu sendiri.
Jadi bolehlah manfaatkan ilmu di atas sekiranya ada majlis di hotel atau restoran mewah nanti ya!