Facebook Tik-tok Whatsapp Tik-tok Telegram
Sun - Thu, 10:00 am - 6:00 pm
Upon confirmation of payment we will ship your items within 2 business days
  • Home
  • Shop
  • Blog
  • About us
  • Contact us
Login
0 Cart RM0.00 0
All departments
  • Shop by Brands
    • A – N
      • Color King
      • CorelleHot
      • Corningware
      • F. Herder
      • Kitchen Aid
      • Le Creuset
      • Muji
      • Nordic
    • O – Z
      • PortmeirionHot
      • Pyrex
      • Tefal
      • Tramontina
      • Victorinox
      • Visions
  • Kitchen
    • Accessories
    • Cookware
    • Kitchen Deco
    • Kitchen Tools
    • Knife
    • Storage
    • Utensils
    • Shears
  • Dining
    • Buffet Set
    • Drinkware
    • Tableware
  • Others
    • Baby Bottle
Upon confirmation of payment we will ship your items within 2 business days
Menu Categories
  • Home
  • Shop
  • Blog
  • About us
  • Contact us
  • Shop by Brands
    • A – N
      • Color King
      • CorelleHot
      • Corningware
      • F. Herder
      • Kitchen Aid
      • Le Creuset
      • Muji
      • Nordic
    • O – Z
      • PortmeirionHot
      • Pyrex
      • Tefal
      • Tramontina
      • Victorinox
      • Visions
  • Kitchen
    • Accessories
    • Cookware
    • Kitchen Deco
    • Kitchen Tools
    • Knife
    • Storage
    • Utensils
    • Shears
  • Dining
    • Buffet Set
    • Drinkware
    • Tableware
  • Others
    • Baby Bottle
Login
Facebook Tik-tok Whatsapp Tik-tok Telegram
0 Cart RM0.00 0

ETIKA MAKAN SUP DENGAN BETUL

27 July 2023 /Posted byTeyha / 307

Sudu sup adalah sejenis sudu yang agak dalam, yang digunakan untuk makan sup atau untuk mengambil makanan yang lebih kecil, licin dan lembut. Biasanya sudu sup lebih kecil berbanding sudu makan dan lebih besar daripada sudu pencuci mulut. Sudu sup mempunyai saiz kepanjangan yang berbeza berbeza antara 6inci – 8inci panjang.

Apabila makan sup, sudu hendaklah dipegang menggunakan tangan kanan anda, (atau kiri jika itu adalah tangan dominan anda), dengan pemegang terletak pada jari tengah untuk menstabilkan dan digerakkan oleh ibu jari dan jari telunjuk. Malah, sudu perlu dipegang secara mendatar supaya anda makan dari sisi sudu.

Antara perkara yang perlu dititikberatkan ketika makan sup adalah:

  1. TUNGGU SUP SEJUK JIKA TERLALU PANAS

Sekiranya sup yang dihidangkan agak panas, anda tidak boleh meniup sup tersebut untuk menyejukkannya. Hal ini kerana anda akan kelihatan tergopoh-gapah atau tidak sabar malah boleh menyebabkan sup tersebut terpercik ke arah orang lain. Jadi, sebaiknya sementara menunggu sup anda sejuk sedikit, anda boleh meneruskan perbualan dengan rakan makan anda. Selepas seketika, anda boleh menyemak semula suhu sup anda, sama ada boleh dimakan atau sebaliknya.

  1. SUDUKAN SUP SECARA BERTENTANGAN DENGAN ANDA

Secara lumrahnya, anda biasa menggunakan sudu dengan menyendukkan makanan ke arah anda. Namun, hal ini akan meningkatkan kemungkinan sup tersebut menitis kepada diri anda sendiri. Disebabkan itulah, anda disarankan untuk menyendukkan sup ke arah belakang mangkuk anda kemudian angkat sudu tersebut ke mulut anda. Hal ini bertujuan untuk memastikan lebihan sup akan menitis kembali ke dalam mangkuk anda.

Apabila kuantiti sup agak sedikit di dalam mangkuk, anda boleh menyengetkan sedikit mangkuk sup untuk mendapatkan bahagian sup yang terakhir di dalam mangkuk. Jangan pula mengangkat mangkuk sup kerana ia dianggap tidak beradab.

  1. ELAKKAN MENGHIRUP SUP

“Slurping” adalah perkara yang perlu dielakkan ketika berada di meja makan. Bunyi ketika menghirup sup dianggap kurang menyenangkan dan boleh mengganggu orang lain. Secara umum, orang menghirup sup disebabkan oleh keadaan sup tersebut yang panas. Jadi, untuk mengelakkan perkara sedemikian berlaku, anda boleh membiarkan sup anda sejuk terlebih dahulu dan memakannya apabila sup sudah agak sejuk. Sebaiknya, makan sup dengan senyap dan berhati-hati.

  1. LETAKKAN KEMBALI SUDU ANDA SELEPAS MAKAN

Selepas anda selesai makan, letakkan sudu anda di atas pinggan yang berada di bawah mangkuk sup anda. Sekiranya pinggan di bawah mangkuk sup tidak disediakan, anda boleh meletakkan sudu anda di dalam mangkuk sup. Anda tidak boleh meninggalkan sudu yang telah digunakan di atas pelapik meja atau napkin.

Kesimpulannya, penggunaan kutleri yang betul boleh menyelamatkan kita daripada terjebak didalam situasi yang kekok apabila berada di meja makan.

Share Post
  • Twitter
  • Facebook
  • VK
  • Pinterest
  • Mail to friend
  • Linkedin
  • Whatsapp
  • Skype

Comments are closed

Home
Shop
Sign in
Check out
KP Rec Tr

Kitchen Plaza is a Malaysia store born to offer unique and original items for your home and kitchen, a synthesis of design and functionality.

This is not a simple collection of household articles: our products are the outcome of careful research aiming to combine style and beauty, innovation and curiosity about materials, shapes, trends.

In this website you will find over 1000 products offered for the online sale with professionalism and courtesy.

About us

  • 010-914 1017
  • [email protected]
  • Kuala Ibai, Terengganu

Useful information

Terms of Service

Returns & Refunds Policy

Follow us

Facebook Instagram Whatsapp Tik-tok Telegram

Subscribe to newsletter

Payment methods

KP Rec Tr

Kitchen Plaza is a Malaysia store born to offer unique and original items for your home and kitchen, a synthesis of design and functionality.

This is not a simple collection of household articles: our products are the outcome of careful research aiming to combine style and beauty, innovation and curiosity about materials, shapes, trends.

In this website you will find over 1000 products offered for the online sale with professionalism and courtesy.

About us
  • 010-914 1017
  • [email protected]
  • Kuala Ibai, Terengganu

Useful information

Terms of Service

Returns & Refunds Policy

Suscribe to newsletter

Payment methods

Ⓒ Owned by NNS SMART SERVICES | Developed by Hillman.my