Facebook Tik-tok Whatsapp Tik-tok Telegram
Sun - Thu, 10:00 am - 6:00 pm
Upon confirmation of payment we will ship your items within 2 business days
  • Home
  • Shop
  • Blog
  • About us
  • Contact us
Login
0 Cart RM0.00 0
All departments
  • Shop by Brands
    • Corelle
    • Corningware
    • Color King
    • F. Herder
    • Kitchen Aid
    • Le Creuset
    • Pirge
    • Portmeirion
    • Pyrex
    • Staub
    • Tefal
    • Tommee Tippee
    • Tupperware
    • Victorinox
    • Visions
  • Tableware
  • Drinkware
  • Cookware
  • Food Storage
  • Knife
  • Kitchen Deco
Upon confirmation of payment we will ship your items within 2 business days
Menu Categories
  • Home
  • Shop
  • Blog
  • About us
  • Contact us
  • Shop by Brands
    • Corelle
    • Corningware
    • Color King
    • F. Herder
    • Kitchen Aid
    • Le Creuset
    • Pirge
    • Portmeirion
    • Pyrex
    • Staub
    • Tefal
    • Tommee Tippee
    • Tupperware
    • Victorinox
    • Visions
  • Tableware
  • Drinkware
  • Cookware
  • Food Storage
  • Knife
  • Kitchen Deco
Login
Facebook Tik-tok Whatsapp Tik-tok Telegram
0 Cart RM0.00 0

5 CARA UNTUK MENGEKALKAN KUALITI PERKAKAS NON-STICK

10 July 2023 /Posted byTeyha / 74 / 0

Periuk atau kuali yang tidak melekat (nonstick) sememangnya menjadi pilihan ramai untuk memudahkan proses memasak. Ciri-ciri produk memasak seperti ini sangat membantu buat pengguna yang mempunyai kekangan masa disebabkan oleh kerja harian dan sebagainya. Bukan sahaja berguna, periuk ini juga boleh didapatkan dalam pelbagai bentuk dan warna yang menarik untuk menepati citarasa deko dapur anda.

Tetapi, adakah anda tahu cara penggunaan yang betul agar kuali atau periuk non-stick anda tidak cepat rosak dan kualitinya kekal untuk jangka masa yang panjang? Antara perkara yang perlu dititikberatkan adalah:

  1. ELAKKAN KUALI TERBIAR PANAS TANPA MINYAK

Elakkan daripada membiarkan kuali atau periuk non-stick terbiar panas di atas dapur terlalu lama tanpa minyak sehingga asap terhasil daripada lapisan non-stick kuali tersebut. Hal ini kerana, dikhuatiri salutan yang menyelaputinya mungkin akan menipis dan pecah sehingga menyebabkan bahan karsinogenik terbebas seperti yang dijelaskan oleh Professor Robert L. Wolke dari University of Pittsburgh. (sumber: goodhousekeeping.com)

  1. ELAKKAN MENGGUNAKAN API YANG TERLALU BESAR

Sekiranya menggunakan kuali atau periuk non-stick, pengguna disarankan untuk menggunakan api yang perlahan dan sederhana sahaja. Pastikan suhu yang digunakan bawah daripada 500°C bagi mengelakkan lapisan salutan non-stick cepat rosak dan mengekalkan kualiti kuali anda. Jadi, sekiranya anda ingin memasak masakan yang memerlukan jangka masa lama, anda disarankan untuk menggunakan kuali yang lebih sesuai seperti cast-iron pot.

  1. ELAKKAN MENGGUNAKAN PERALATAN LOGAM

Sekiranya anda memasak dengan kuali atau periuk non-stick, anda dilarang sama sekali menggunakan peralatan logam seperti sudip atau senduk besi. Hal ini kerana, sekiranya peralatan besi bergesel dengan permukaan kuali, ia akan menyebabkan kuali tersebut tercalar. Apabila permukaan non-stick tercalar, keberkesanannya akan terjejas.

Sebaiknya, gunalah peralatan daripada kayu, silikon dan plastik tahan panas semasa memasak menggunakan kuali atau periuk non-stick.

4. ELAKKAN MENGGUNAKAN BERUS BESI UNTUK BERSIHKAN PERIUK NON-STICK

Berus besi juga tidak boleh digunakan untuk membersihkan kuali atau periuk non-stick. Hal ini adalah untuk menggelakkan kuali cepat tercalar dan mengurangkan jangka hayat kuali non-stick tersebut.

Jadi, alat yang sesuai digunakan untuk membersihkan kuali non-stick dengan selamat adalah dengan menggunakan span lembut. Kuali non-stick tidak akan meninggalkan kesan degil sehingga memerlukan penggunaan dawai besi untuk membersihkannya. Tetapi, sekiranya berlakunya kotoran degil yang sukar ditanggalkan, anda digalakkan untuk merendam terlebih dahulu kuali tersebut kemudian basuh menggunakan span lembut. Tetapi, perlu dititikberatkan juga, kuali tidak boleh direndam air ketika masih panas untuk mengelakkan kerosakan pada permukaan kuali tersebut.

5. ELAKKAN SUSUN PERALATAN SECARA BERLAPIS (STACKING)

Selepas membersihkan peralatan non-stick, anda disarankan untuk menggantung perkakas tersebut bagi mengelakkan coating tercalar. Tetapi sekiranya tiada ruang untuk menggantung, anda boleh menyusun peralatan non-stick secara berlapis dengan kain atau kotak di antara peralatan tersebut. Hal ini untuk mengurangkan risiko perkakas bergesel antara satu sama lain dan menyebabkan kerosakan.

Pan

Tefal Simpleo 3-Piece Cookware Set

RM320.00
Share Post

Leave a reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked

Home
Shop
Sign in
Check out
KP Rec Tr

Kitchen Plaza is a Malaysia store born to offer unique and original items for your home and kitchen, a synthesis of design and functionality.

This is not a simple collection of household articles: our products are the outcome of careful research aiming to combine style and beauty, innovation and curiosity about materials, shapes, trends.

In this website you will find over 1000 products offered for the online sale with professionalism and courtesy.

About us

  • 010-914 1017
  • [email protected]
  • Kuala Ibai, Terengganu

Useful information

Terms of Service

Returns & Refunds Policy

Follow us

Facebook Instagram Whatsapp Tik-tok Telegram

Subscribe to newsletter

Payment methods

KP Rec Tr

Kitchen Plaza is a Malaysia store born to offer unique and original items for your home and kitchen, a synthesis of design and functionality.

This is not a simple collection of household articles: our products are the outcome of careful research aiming to combine style and beauty, innovation and curiosity about materials, shapes, trends.

In this website you will find over 1000 products offered for the online sale with professionalism and courtesy.

About us
  • 010-914 1017
  • [email protected]
  • Kuala Ibai, Terengganu

Useful information

Terms of Service

Returns & Refunds Policy

Suscribe to newsletter

Payment methods

Ⓒ Owned by NNS SMART SERVICES | Developed by Hillman.my