Hari Bapa merupakan satu sambutan untuk meraikan orang yang bergelar bapa sebagai penghargaan dan peringatan kerana telah berbakti dan bersusah payah demi kebahagiaan keluarga tersayang. Hari Bapa di Malaysia disambut pada hari Ahad ketiga bulan Jun setiap tahun. Disebabkan itulah, anak-anak akan membalas jasa si ayah dengan memberi hadiah-hadiah yang istimewa untuk menggembirakan bapa mereka.
Pisau yang sesuai untuk diberikan kepada si ayah adalah:
- PISAU OUTDOOR
Sekiranya si ayah gemar melakukan aktiviti outdoor seperti camping, hiking dan memancing, anda boleh memberikan hadiah sebilah pisau outdoor kepada si ayah. Pisau outdoor yang terkenal antaranya adalah Morakniv, Ganzo, Buck Knive dan banyak lagi. Jenis pisau outdoor untuk survival dan bushcraft yang sesuai adalah jenis fixed blade. Pisau jenis ini sangat tahan lasak dan sesuai untuk melakukan aktiviti ringan dan juga aktiviti berat.
Biasanya pisau outdoor berukuran 13CM – 30CM. Anda boleh memilih panjang pisau mengikut aktiviti kegemaran si ayah. Pisau yang panjang sesuai untuk kegiatan camping yang melibatkan aktiviti heavy duty. Pisau yang lebih panjang pula sesuai untuk membelah kayu (batoning) dan memotong dahan pokok.
- PISAU DAPUR (CHEF KNIFE)
Pisau dapur pun sesuai untuk dijadikan hadiah sekiranya si ayah sangat menggemari aktiviti memasak. Ataupun si ayah berkarier dalam bidang kulinari dan memang cekap dalam menggunakan pisau. Antara pisau dapur yang berkualiti tinggi adalah pisau dapur daripada Victorinox, Jaya Mata, Tefal dan banyak lagi.
Sekiranya anda ingin mencari pisau dapur yang sesuai, anda boleh meneliti di bahagian bilah pisau. Pisau dapur / chef knife biasanya mempunyai bilah yang agak lebar iaitu dalam 20cm dan diperbuat daripada besi tahan karat (high carbon stainless steel). Biasanya pemegang pisau dapur diperbuat daripada plastik anti-licin seperti Fibrox di mana plastik jenis ini tidak licin sekiranya digunakan semasa tangan basah atau berminyak.
- PISAU SEMBELIHAN (SLAUGHTER KNIFE)
Akhir sekali, ada juga si ayah yang menggemari aktiviti merewang seperti aktiviti sembelihan atau si ayah bekerja dalam bidang penternakan. Antara pisau sembelihan yang berkualiti adalah daripada Victorinox, F. Herder dan banyak lagi. Pisau sembelihan biasanya mempunyai bilah yang tebal dan diperbuat daripada besi yang berkualiti tinggi. Pisau jenis stainless steel tidak mudah berkarat dan lazimnya sesuai digunakan untuk makanan. Pemegangnya juga mempunyai banyak jenis seperti pemegang plastik dan pemegang kayu bergantung kepada keselesaan pengguna.