Memilih pisau dapur mungkin kelihatan seperti kerja mudah, tetapi sejujurnya, ianya tidak semudah ABC. Mencari jenis pisau yang selesa untuk anda gunakan dalam tempoh yang panjang adalah sangat penting, terutamanya jika anda banyak meluangkan masa memasak di dapur.
Untuk penyediaan makanan, pisau dapur memainkan peranan yang penting dalam memastikan makanan dipotong atau dihiris dengan betul. Memotong dan menghiris bahan-bahan masakan kepada bahagian-bahagian kecil bukan hanya memastikan proses penyediaan makanan semakin mudah, malah akan memastikan bahan-bahan tersebut selamat untuk dimakan dengan membuang bahagian-bahagian yang tidak diperlukan.
Walaupun pisau sering dikaitkan dengan memotong dan menghiris, beberapa pisau dibuat dengan keistimewaan mereka yang tersendiri.
Artikel ini akan memberikan maklumat yang berkenaan mengenai 6 jenis pisau untuk membantu anda membuat keputusan yang betul dalam memilih pisau dapur.
1. Pisau Chef
Pisau chef adalah jenis pisau yang paling biasa dilihat di dalam rumah orang Malaysia. Kerap datang dalam saiz yang berbeza-beza, pisau chef digunakan untuk memotong, menghiris, dan mencincang bahan makanan. Ianya adalah jenis pisau yang paling biasa dan senang untuk digunakan. Bahagian-bahagian pisau chef ini termasuk pemegang, bilah pisau, dan mata pisau. Pemegang pisau dibuat untuk memastikan anda mempunyai genggaman yang kuat dan mampu untuk mengawal bilah pisau ketika anda memotong bahan makanan.
Untuk kepanjangan bilah pisau, pisau yang lebih besar baik untuk memproses bahan makanan dengan lebih cepat, kerana anda mampu menambah lebih banyak bahan makanan ke atas papan pemotong dan pisau tersebut akan mampu mencapai bahan tersebut. Ini mampu menyingkatkan masa penyediaan makanan dan memudahkan kerja anda. Walaubagaimanapun, pisau yang lebih besar mungkin lebih sukar digunakan sekiranya anda mempunyai ruang yang terhad, atau menggunakan papan pemotong yang kecil. Anda tidak akan mampu untuk menggunakan pisau tersebut dengan cekap kerana ianya terlalu besar untuk digunakan, dan akan menjadi halangan ketika berada di dapur.
Pisau yang lebih kecil baik untuk pengguna yang mempunyai ruangan terhad. Walaupun pisau kecil tidak mampu menyediakan bahan makanan sepantas pisau yang lebih besar, pisau ini mempunyai kawalan yang lebih baik di bahagian mata pisau, dan membuatkan ianya sesuai untuk kerja yang memerlukan ketepatan. Pisau yang bersaiz 6 inci cukup besar untuk kerja-kerja memotong, menghiris, dan mencincang.
Gambar 1: Pisau Chef Fibrox Victorinox
Salah satu pisau chef terbaik untuk pengguna amatur adalah pisau buatan Switzerland, pisau chef Fibrox Victorinox. Fibrox adalah pisau berorientasi servis makanan, jadi ianya mudah untuk dibasuh dan akan memastikan keselamatan dalam penyediaan makanan.
2. Pisau Tulang
Pisau tulang adalah pisau dapur yang mempunyai mata pisau yang tajam dan bilah yang nipis dan fleksibel. Ianya digunakan untuk membuang tulang dari ayam, daging, dan ikan. Ianya sering datang dalam saiz yang lebih kecil untuk memastikan ketepatan dan kawalan. Tidak seperti pisau chef yang biasa, pisau tulang membenarkan chef untuk memotong daging yang melekat di tulang, dan membuang cebisan tulang dari daging. Bilah yang kecil dan fleksibel memudahkan pisau ini untuk dikawal dan memastikan daging tidak dirosakkan semasa proses pembuangan tulang.
Bentuk bilah memainkan peranan dalam cara menggunakan pisau, sama ada dalam memotong, membilah, atau menghiris. Chef yang baik tahu bagaimana cara menggunakan bentuk bilah untuk memaksimumkan kemahiran kerja sambil menggunakan tenaga atau pergerakan yang rendah, lantas memastikan diri yang lebih tenang dan terkawal ketika di dapur.
Gambar 2: Pisau Tulang Pirge Duo
Pisau tulang Pirge Duo menyediakan kawalan yang lancar dan fleksibel kerana ianya datang dalam saiz dan bilah pisau yang lebih nipis. Bilah pisau ini dibuat dari keluli tahan karat. Keadaan pisau boleh dikekalkan dengan penjagaan yang betul dan memerlukan kurang usaha untuk memastikan ianya berada dia di dalam keadaan terbaik, kerana keluli tahan karat tidak terdedah kepada pengoksidaan.
3. Pisau Mengulit
Pisau mengulit, seperti namanya, digunakan untuk memotong kulit haiwan dengan betul. Kulit haiwan perlu disingkirkan bagi memastikan daging di dalam sesuai untuk dimasak dan dimakan. Sesetengah kulit haiwan agak kenyal sekiranya dimasak bersama dengan daging, merosakkan rasa makanan tersebut. Pisau yang lebih nipis membuatkan proses mengulit lebih mudah. Ketebalan bilah pisau akan menentukan ketepatan potongan, manakala bentuk mata pisau yang melengkung mampu untuk mengelakkan daging daripada dirosakkan semasa proses mengulit.
Untuk potongan yang lebih halus dan tepat, pisau yang lebih kecil adalah lebih ideal jika dibandingkan dengan pisau yang lebih besar. Pisau yang lebih kecil membolehkan chef untuk mengawal arah pisau dengan lebih senang. Reka bentuk nipis juga membuatkan pisau tersebut lebih ringan. Oleh kerana pisau mengulit mengutamakan ketepatan, pisau yang nipis adalah pilihan yang terbaik.
Gambar 3: Pisau Mengulit F. Herder
Pisau mengulit F. Herder direka untuk memotong kulit haiwan. Bilah pisau ini dibuat dari keluli tahan karat, lantas memudahkannya untuk mengekalkan keadaan. Bilahnya nipis dan ringan, membuatkan bahagian pemegangnya lebih berat dari bahagian bilah pisau. Dengan pemegang yang lebih berat, chef akan mempunyai kawalan yang lebih baik dan genggaman yang lebih kuat di pemegangnya.
4. Pisau Sembelih
Pisau sembelih digunakan untuk menyembelih haiwan dan memotong cebisan-cebisan daging yang besar menggunakan bilahnya yang panjang. Berbanding dengan pisau chef, pisau sembelih lebih panjang dan lebih berat. Bilah pisau boleh memotong tulang yang lembut, di mana pisau chef tidak mampu. Pisau yang lebih besar mempunyai bilah yang lebih berat kerana saiz bilah yang lebih besar mampu memaksimumkan kerja persediaan dan pemotongan di dapur.
Kebanyakan pisau mempunyai bonggol kecil di belakang pemegang untuk menguatkan genggaman dan memastikan pisau tersebut tidak terlepas dari genggaman tangan. Panjang bilah pisau sembelih lebih panjang jika dibandingkan dengan panjang pemegangnya, bermakna kebanyakan beratnya datang dari bilah pisau.
Gambar 4: Pisau Sembelih Pirge Duo
Pisau sembelih Pirge Duo mempunyai bentuk bilah yang rata dan nipis. Semasa menggunakan pisau ini, pemegang pisau akan bergerak manakala permukaan perut pisau akan kekal di atas permukaan papan pemotong. Ia juga boleh digunakan untuk pemotongan atas-dan-bawah kerana bahagian belakangnya yang lurus. Pisau ini digunakan untuk kerja-kerja berat kerana ketebalan pisau di bahagian bilah pisau mampu untuk memberi sokongan apabila terdapat stress yang terlalu banyak di atas pisau.
5. Pisau Pemotong
Pisau pemotong adalah pisau empat segi yang besar, selalu digunakan untuk memotong bahagian daging dan tulang yang tebal. Saiz bilah yang besar membuatkan pisau ini lebih berat apabila dibandingkan dengan jenis pisau yang lain. Semasa menggunakan pisau pemotong, cara terbaik untuk memotong tulang lembut adalah dengan mengangkat pemegang pisau, sambil memastikan bilah pisau menuju ke arah papan pemotong, dan menggerakkan pemegang ke bawah, dengan satu tangan menolak pisau dari atas. Ini akan membenarkan potongan yang lebih tepat, memudahkan kawalan bilah, dan mengurangkan impak ke atas papan pemotong.
Pisau pemotong dibuat dari keluli tahan karat, dengan ketahanan dan ketajaman untuk jangka masa yang lebih panjang. Pisau yang dibuat dari keluli tahan karat dapat bertahan dari karat dan patina. Patina adalah permukaan berwarna hijau atau coklat di atas keluli yang terhasil daripada proses pengoksidaan dalam jangka masa yang panjang. Patina atau karat kerap berlaku apabila pisau dibuat daripada keluli karbon, keluli yang lebih reaktif kepada persekitarannya.
Gambar 5: Pisau Pemotong Tramontina
Pisau pemotong Tramontina adalah satu peralatan dapur yang sangat berguna untuk memotong ayam, tulang, dan daging. Bilah pisau lebih teguh daripada pisau chef dan pisau sembelih kerana berat bilah pisau ini membantu dalam kerja-kerja yang lebih berat, seperti memotong tulang. Bahagian bawah pisau pemotong, antara pemegang dan bilah, berada dalam keadaan tumpul untuk mengelakkan sebarang kecederaan sekiranya tangan chef bergerak dari pemegang bilah ke bilah pisau.
6. Pisau Pengupas
Pisau pengupas adalah pisau kecil yang digunakan untuk mengupas atau memotong buah-buahan atau sayur-sayuran kepada saiz yang lebih kecil. Saiz kecil membolehkan kerja yang lebih teliti dalam proses memotong dan mengupas. Pisau ini sangat mudah dibersihkan dan memberi genggaman yang senang dan selesa kerana saiznya yang kecil.
Pisau ini direka dengan hujung yang rata, sesuai untuk teknik hirisan. Bentuk bilah pisau memberi penglihatan yang jelas kepada chef untuk menentukan posisi bilah pisau dan sebaik mana ia akan dipotong sementara mengekalkan postur yang baik ketika berada di dapur. Chef juga mampu mengawal bilah pisau dengan baik semasa menggupas buah-buahan.
Gambar 6: Pisau Pengupas F. Herder
Pisau pengupas F. Herder menggunakan bilah keluli tahan karat dengan pemegang plastik ergonomik, yang menyediakan struktur anti-gelincir untuk cengkaman yang lebih kuat. Pisau ini sangat mudah digunakan kerana ia memerlukan usaha yang sedikit untuk mengawal bilah semasa proses mengupas.
Mengetahui jenis-jenis pisau yang berbeza akan membenarkan anda untuk memilih pisau yang paling ideal. Jika anda berminat untuk membeli pisau-pisau ini, anda boleh membelinya di Kitchen Plaza. Kitchen Plaza turun menyediakan bayaran secara ansuran. Kitchen Plaza turut sedia untuk memberi gantian sekiranya produk rosak dalam proses penghantaran. Pisau-pisau ini adalah 100% autentik, dengan jaminan wang dikembalikan.
Add comment